Thursday 16 October 2014

PENGENALAN. Apa Itu ARCA?


DIFINISI ARCA.

     Arca merupakan hasil karya seni halus yang mempunyai bentuk 3D iaitu bentuk fizikal dan bentuk 2D yang melibatkan bentuk ilusi. Arca mempunyai nilai-nilai estetiknya tersendiri dan dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik. Arca juga dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu arca estetika dan arca berfungsi.

JENIS_JENIS ARCA.

Arca Asemblaj
     Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.
Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931

Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)

Arca Mobail 

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

[sculpture_candle_mobile.jpg]

ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”

Arca Stabail

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)

Calder, Alexander -
"Hollow Egg" - (1939)





No comments:

Post a Comment