Tuesday, 23 December 2014

MURAL







FINAL



Pengenalan PERAKMAN

ORANG PERAK

     Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.

     Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

     Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya. Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.

     Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM. Perak Woman pula telah ditemui pada 2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

CONTOH GAMBAR PERAKMAN (ORANG PERAK)




Proses penghasilan Arca Perakman

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca Perakman adalah tanah. Tanah tersebut diuli dan dibentuk dengan menggunakan tangan sehingga membentuk wajah Perakman seperti gambar dibawah ini. Dengan hanya satu wajah saya dapat membentuk lima wajah yang berlainan ekspreasi. prosesnya adalah dengan mengubah bentuk asal kepada beberapa bentuk yang lain.
  





 

Seterusnya, proses membuat acuan yang dimulakan dengan menghasilkan sebuah kotak bagi mengisi POP didalam kotak tersebut. Ukuran adalah mengikut saiz besar atau kecil objek yang hendak dihasilkan.




Letakkan POP kedalam bekas yang berisi air dan dicamprkan sehingga sebati. Kemudian tuangkan POP yang telah dicampur kedalam kotak acuan.





Setelah POP kering, buka acuan tersebut bagi proses mengorek atau mengeluarkan tanah daripada acuan dapat dilakukan. Proses pembakaran antara proses yang boleh dilakukan bagi mengeluarkan tanah daripada acuan.


Terdapat dua puluh bijih timah telah digunakan dan dibakar bagi memenuhi ruang pada acuan. Ini merupakan proses membakaran bijih timah sedang berlaku.



Bijih timah yang telah cair akan dituang kedalam acuan. Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana bijih timah yang dibakar masih dalam keadaan panas.







Seterusnya adalah proses terakhir iaitu proses memecahkan acuan bagi melihat hasilnya.



Hasil yang telah siap dan sempurna.